Saturday, December 31, 2022

Undang² kehidupan

Awok down ke tu?
Down bila nampak orang dah berjaya?
Selalu bandingkan diri dengan org lain?
Rasa diri tak berguna?
Buntu dengan kehidupan?
Tak nampak jalan keluar setiap masalah?

Wahai sedara sedari itu lumrah kehidupan. Naik turun, jatuh bangun tu biasa. Kalau nak rasa sedih ke apa,boleh sebab kita manusia,ada perasaan. Itu normal. Hari ni kita bahagia, esok boleh jadi kita sedih. Tak perlu tunggu esok, sekejap lagi pun kita mungkin akan dapat perasaan yang berbeza-beza. Kadang kita penat nak jadi kuat setiap masa. Kita penat nak sentiasa memotivasikan diri sendiri. Kita penat nak terima semua perkara yang kita tak suka. 

Benda ni pernah jadi pada aku. Aku tahu perasaan tu macam mana. Aku tahu rasa putus asa tu macam mana. Aku tahu rasa penat nak menghadapi semua tu. Aku tahu perasaan bebanan yang perlu ditanggung. Aku tahu perasaan bila kau tak ada apa-apa perubahan mahupun pencapaian dalam hidup kau dan kau akan rasa tak berguna. Aku tahu persis apa perasaanmu..ecewahh..Percayalah aku tahu,aku faham. Tapi perasaan tu tetap akan mendampingi diri kita sampai bila²,kalau kita tak kawal.

Apa kesan kalau kita tak kawal? Kau tanya lagi? Hahaha..Jawapannya, mestilah kau rasa kau lah mayat hidup yang paling berjaya dalam alam semesta ni. Kau akan terus-terusan hanyut melayani perasaan yang sendu tu. Kau akan nampak masa depan yang suram macam jalan² lorong-lorong gelap. Kau akan sentiasa negatif dengan diri kau sendiri dan kau akan negatif juga pada orang lain. Pendirian hidup kau akan berubah. Kau lebih banyak redha dan tawakal tapi kau berusaha.

Berusaha tu besar maksudnya. Berusaha tu boleh jadi daripada segi kau berusaha untuk ubah diri kau. Keluar daripada 'zon selamat'. Cabar diri untuk lebih produktif & aktif. Percayakan diri untuk lebih maju ke depan. Tak semestinya kita berusaha ni untuk capai sesuatu kejayaan yang besar sebab ni akan jadi penghalang dan kita akan buat sesuatu perkara tu setengah jalan. Sebab tak yakin yang kita boleh buat. Untuk capai kejayaan yang besar ni mestilah kita bermula dengan kejayaan yang kecil,asalkan ada perubahan.

Kejayaan ni bukanlah maksudnya kau kena capai pencapaian yang hebat² atau yang gilang gemilang,bukan. Semua tu bergantung pada diri kau. Kau nak apa? Nak jadi pekerja yang bagus? Nak jadi anak yang soleh & solehah? Nak jadi suami & isteri yang terbaik? Nak kumpul aset dunia atau aset akhirat? Nak jadi orang yang beri manfaat pada orang lain? Ikut je apa yang kau nak,asalkan kau ada buat perubahan. Jangan selalu kekal pada takuk yang sama. Itu yang membuatkan kau rasa tak berguna. 

Semua ni bergantung pada diri kau. Macam mana kau nak selesaikan masalah atau bebanan yang kau rasa sekarang ni. Mesti kena ada tindakan. Asyik berfikir sampai hujung usia pun tapi kalau tak ada penyelesaiannya,tetap tak berguna. Kau hanya bazirkan masa pada benda yang tidak perlu. Tapi bagi pendapat aku, semua yang kita buat kena seimbangkan antara dunia dan akhirat. Timbangan perlu stabil,sebab jika kita lebih kepada dunia kita miskin akhirat. Tentang akhirat kita perlu untuk menunaikan segala kewajipan tanpa alasan kerana hanya Dia lah yang mampu memberikan segala-galanya. Biar kita bergantung harapan hanya kepadanya tetapi dengan syarat kita perlu berusaha. Jadi bangkitlah wahai jiwa yang masih kosong, jiwa yang tidak tenang, jiwa yang masih dalam keadaan ragu-ragu. Kau perlu buat sesuatu untuk dirimu,keluargamu dan agamamu.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi makna kepada semua. Insha-Allah, Wallahualam.. 



Friday, April 9, 2021

Perpisahan

Andai suatu hari nanti aku dah tiada didunia..
Janganlah kau menangisi permergianku..
Anggaplah aku sudah bertemu kehidupanku yang abadi..
Kehidupan yang aku tunggu-tunggu selama ini..
Yang boleh mengubat segala luka di hati..
Yang boleh memberikan kebebasan yang hakiki..

Benarlah kata orang,
Bila kita sudah tiada dengan mudahnya orang akan mengingati segala kebaikan kita melebihi kesalahan kita..
Ketika itu,sekecik² pertolongan kita akan menjadi sebesar² manfaat kepada orang lain..

Saat tubuhku kaku tiada jasad yang memenuhinya,
Airmata keikhlasan akan mengalir pada setiap mata yang menyayangiku..
Mereka tahu,itulah kali terakhir mereka dapat melihat aku..

Aku tidak boleh berbuat apa²..
Kerna Allah tidak akan mempercepatkan atau melambatkan ajal aku walaupun sesaat..
Aku tidak boleh lagi hidup dengan mereka..
Kerna alam kita sudah berbeza..

Aku cuma berharap segala dosaku dapat dimaafkan dan diampunkan
Semoga segala kekuranganku dapat dilupakan..
Dan semestinya aku mengharapkan doa daripada kalian..
Semoga aku dapat ditempatkan dalam kalangan orang² yang beriman..
Dan mudahan segala amal ibadah aku diterima, dosa diampunkan ..
Amin. Amin ya Allah..

Nukilan 💯 drpd : Cik Qmyraa

Thursday, March 18, 2021

Kawan atau sahabat?

Assalamualaikum semuaaaa and selamat malam..tibe rasa nak menulis malam² ni..kay topik malam ni kawan atau sahabat..rasa macam dua² ni sama je kan??tapi tak bagi aku..kawan ni kau boleh dapat & tinggalkan macam tu je..tapi sahabat ni kawan yang masih stay dengan kau walau apa pun yang jadi..even kau dah menghilang bertahun² tapi bila jumpa atau chat tak kekok pun..still sama mcm dulu..

Tau kenapa kita kena ada kawan atau sahabat kt dunia ni??untuk menwarnai hidup kita yang kelaaamm ni..hahaha dengan perangai dia tak kesah laa perangai baik atau perangai taguna dia tu..hahahaha..Dorang ni boleh datang dan bila² masa boleh pergi,sama ada sebab perangai aku takpun perangai dia..tapi setakat ni aku dah pernah kawan dengan mcm² orang.. Alhamdulillah semua ada sifat "menghargai" tu..mcm kita jaga kita laa jugak..Ada kawan yang pasif,aktif,masuk air,gelabah,acah²,kasar,kuat sentap,pemalu,pendiam,kurang ajar,banyak cakap,budak hot,penyabar semua laa..aku dah pernah kawan sebab tu aku senang faham orang and alhamdulillah orang selesa kawan dgn aku..

Selalu aku dapat soalan.. kenapa kau banyak kawan? Habis aku ni siapa?bukan kawan baik kau? Hmm..ni soalan yang paling susah aku nak jawab..kadang yg kawan aku ni pun masih tak faham dengan aku..Susah aku nak describe sebab aku suka kawan semua orang..Aku tak suka di 'control',ni boleh tu tak boleh..aku suka bebass.. aku taknak terikat.. sebab aku ni jenis open..Bagi aku laa kan istilah kawan baik ni..Kawan yang kau pegi mana² pun dia ingat kau,ingat kenangan sama² yg pernah susah senang dulu tu..Yang tak berahsia dgn kau,apa pun dia akan cerita and carik kau tanpa alasan tak kesah laa cepat atau lambat..tapi tula makin besar susah nak cari mcm tu sebab masing² dh ada haluan masing²..satu lagi,aku nak kawan baik yang tak kesah kau ada kawan lain pun dia okay je and layan kawan kau mcm kawan dia,layan family kau mcm family dia..tapi ada laa beberapa nama yg aku listkan dia kawan baik aku..the best human win la..hahaha..lastly yg paling penting terima baik buruk kau seadanya and tutup segala aib kau drpd org asing..sebab aku ni bukan la baik sangat,banyak kekurangannya..siapa yang kawan aku tau la menilai diri aku..tu semua depends pada mata dan hati dorang terhadap aku..

One more things,pernah dalam persahabatan kau menipu? Mengata kawan? Ada perasaan cemburu dengan kawan sendiri? Membandingkan diri kau lebih baik drpd kawan kau? Taknak mengaku salah kau? Menyampah dengan perangai annoying kawan kau? Benci kawan? Im really sure tht semua pernah buat mcm tu.. Ni la kesalahan dlm persahabatan.. Ni semua fitrah manusia sebab kita selalu fikirkan diri sendiri more better thn others..Kita selalu jadi kanta pembesar utk tgk kekurangan org melebihi kebaikan dia..Sekali benda buruk dia buat semuaa kebaikan dia hilang mcm debu yg kau tiup macam tu je..Semua ni aku nampak and aku belajar daripada semua kawan yg aku pernah jumpa and kenal..terima kasih sebab korang sentiasa ajar aku sesuatu benda yang baru 
& sentiasa menyedarkan diri aku..

Lastly..for all my friends..

Pesanan utk semua..
Jangan laa kau bergaduh antara satu sama lain hanya disebabkan layanan aku tak sama..jangan sesekali berfikiran darjat kawan ini lebih tinggi atau lebih rendah berbanding kawan² aku yang lain..Ye ramai merungut sebab aku lebihkan kawan ini sampai terkurang pd kawan,kawan,kawan yg lain..sampai ada yang jeles,merajuk..tibeh rasa dah macam hidup memadukan org..hahaha..aku tak boleh nak bersikap adil sebab setiap kawan akan ada keistimewaan dan kenangan yg tersendiri yang tak mungkin dan tak pernah akan sama..ye aku tau  korg  tak perasan semua tu tapi aku perasan and always in my heart and mind..tapi hakikatnya inilah kawan yang aku sayang. macam mana pun masih terima baik buruk aku..jangan risau sekali nama tu dah pernah ada dalam ingatan tak semudah tu nak lupakan..aku tak pernah menyesal ada kawan ramai..aku bersyukur ada kawan2 yg baik,ambik berat kat aku..i really appreciate it..ure alwys the best friends! 

Maaf kalau aku ada buat salah yang buat korang terguris, terasa,menyampah dengan segala tindakan and perbuatan aku,percakapan aku..Dengan rendah hati aku nak cakap, ampunkan segala salah silap aku sama ada yang korang tau atau tak.. if aku tak okay utk jadi kawan korang please tinggalkan aku,,thats all..Mana yg masih sudi hadap aku,,terima kasih..

~Perjumpaan yg dah diaturkan,pasti ada hikmah disebaliknya sama ada baik untuk aku takpun untuk korang, Wallahualam..~


Thursday, December 17, 2020

Mengungkit

 Mengungkit

Mengungkit? Bila kita dah buat baik kt org jgn sesekali mengungkit atau mempertikaikan sbb nampak kita x ikhlas & tak redha bila tolong orang.. Sebaliknya kita cuma diam dan terus tolong org. If orang tu x hargai pertolongan kita biarkan sebab pahala kita dah tercatat. Check balik sama ada kita nak dihargai atau dibenci. Kalau kita dah tolong orang tu, lepas tu orang tu asyik minta tolong je, cakap elok2 sama ada kita nak/mampu tolong atau tak..kalau kita rimas sangatt dia asyik minta tolong kita,masa susah baru carik tapi dia x hargai plk.. Cakap sekali je, cakap biar dia faham situasi.. Selepas itu, terpulang pada dia. Jangan marah-marah. 

Undang² kehidupan

Awok down ke tu? Down bila nampak orang dah berjaya? Selalu bandingkan diri dengan org lain? Rasa diri tak berguna? Buntu dengan kehidupan? ...