Saturday, December 31, 2022

Undang² kehidupan

Awok down ke tu?
Down bila nampak orang dah berjaya?
Selalu bandingkan diri dengan org lain?
Rasa diri tak berguna?
Buntu dengan kehidupan?
Tak nampak jalan keluar setiap masalah?

Wahai sedara sedari itu lumrah kehidupan. Naik turun, jatuh bangun tu biasa. Kalau nak rasa sedih ke apa,boleh sebab kita manusia,ada perasaan. Itu normal. Hari ni kita bahagia, esok boleh jadi kita sedih. Tak perlu tunggu esok, sekejap lagi pun kita mungkin akan dapat perasaan yang berbeza-beza. Kadang kita penat nak jadi kuat setiap masa. Kita penat nak sentiasa memotivasikan diri sendiri. Kita penat nak terima semua perkara yang kita tak suka. 

Benda ni pernah jadi pada aku. Aku tahu perasaan tu macam mana. Aku tahu rasa putus asa tu macam mana. Aku tahu rasa penat nak menghadapi semua tu. Aku tahu perasaan bebanan yang perlu ditanggung. Aku tahu perasaan bila kau tak ada apa-apa perubahan mahupun pencapaian dalam hidup kau dan kau akan rasa tak berguna. Aku tahu persis apa perasaanmu..ecewahh..Percayalah aku tahu,aku faham. Tapi perasaan tu tetap akan mendampingi diri kita sampai bila²,kalau kita tak kawal.

Apa kesan kalau kita tak kawal? Kau tanya lagi? Hahaha..Jawapannya, mestilah kau rasa kau lah mayat hidup yang paling berjaya dalam alam semesta ni. Kau akan terus-terusan hanyut melayani perasaan yang sendu tu. Kau akan nampak masa depan yang suram macam jalan² lorong-lorong gelap. Kau akan sentiasa negatif dengan diri kau sendiri dan kau akan negatif juga pada orang lain. Pendirian hidup kau akan berubah. Kau lebih banyak redha dan tawakal tapi kau berusaha.

Berusaha tu besar maksudnya. Berusaha tu boleh jadi daripada segi kau berusaha untuk ubah diri kau. Keluar daripada 'zon selamat'. Cabar diri untuk lebih produktif & aktif. Percayakan diri untuk lebih maju ke depan. Tak semestinya kita berusaha ni untuk capai sesuatu kejayaan yang besar sebab ni akan jadi penghalang dan kita akan buat sesuatu perkara tu setengah jalan. Sebab tak yakin yang kita boleh buat. Untuk capai kejayaan yang besar ni mestilah kita bermula dengan kejayaan yang kecil,asalkan ada perubahan.

Kejayaan ni bukanlah maksudnya kau kena capai pencapaian yang hebat² atau yang gilang gemilang,bukan. Semua tu bergantung pada diri kau. Kau nak apa? Nak jadi pekerja yang bagus? Nak jadi anak yang soleh & solehah? Nak jadi suami & isteri yang terbaik? Nak kumpul aset dunia atau aset akhirat? Nak jadi orang yang beri manfaat pada orang lain? Ikut je apa yang kau nak,asalkan kau ada buat perubahan. Jangan selalu kekal pada takuk yang sama. Itu yang membuatkan kau rasa tak berguna. 

Semua ni bergantung pada diri kau. Macam mana kau nak selesaikan masalah atau bebanan yang kau rasa sekarang ni. Mesti kena ada tindakan. Asyik berfikir sampai hujung usia pun tapi kalau tak ada penyelesaiannya,tetap tak berguna. Kau hanya bazirkan masa pada benda yang tidak perlu. Tapi bagi pendapat aku, semua yang kita buat kena seimbangkan antara dunia dan akhirat. Timbangan perlu stabil,sebab jika kita lebih kepada dunia kita miskin akhirat. Tentang akhirat kita perlu untuk menunaikan segala kewajipan tanpa alasan kerana hanya Dia lah yang mampu memberikan segala-galanya. Biar kita bergantung harapan hanya kepadanya tetapi dengan syarat kita perlu berusaha. Jadi bangkitlah wahai jiwa yang masih kosong, jiwa yang tidak tenang, jiwa yang masih dalam keadaan ragu-ragu. Kau perlu buat sesuatu untuk dirimu,keluargamu dan agamamu.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi makna kepada semua. Insha-Allah, Wallahualam.. 



No comments:

Post a Comment

Undang² kehidupan

Awok down ke tu? Down bila nampak orang dah berjaya? Selalu bandingkan diri dengan org lain? Rasa diri tak berguna? Buntu dengan kehidupan? ...