Assalamualaikum semuaaaa and selamat malam..tibe rasa nak menulis malam² ni..kay topik malam ni kawan atau sahabat..rasa macam dua² ni sama je kan??tapi tak bagi aku..kawan ni kau boleh dapat & tinggalkan macam tu je..tapi sahabat ni kawan yang masih stay dengan kau walau apa pun yang jadi..even kau dah menghilang bertahun² tapi bila jumpa atau chat tak kekok pun..still sama mcm dulu..
Tau kenapa kita kena ada kawan atau sahabat kt dunia ni??untuk menwarnai hidup kita yang kelaaamm ni..hahaha dengan perangai dia tak kesah laa perangai baik atau perangai taguna dia tu..hahahaha..Dorang ni boleh datang dan bila² masa boleh pergi,sama ada sebab perangai aku takpun perangai dia..tapi setakat ni aku dah pernah kawan dengan mcm² orang.. Alhamdulillah semua ada sifat "menghargai" tu..mcm kita jaga kita laa jugak..Ada kawan yang pasif,aktif,masuk air,gelabah,acah²,kasar,kuat sentap,pemalu,pendiam,kurang ajar,banyak cakap,budak hot,penyabar semua laa..aku dah pernah kawan sebab tu aku senang faham orang and alhamdulillah orang selesa kawan dgn aku..
Selalu aku dapat soalan.. kenapa kau banyak kawan? Habis aku ni siapa?bukan kawan baik kau? Hmm..ni soalan yang paling susah aku nak jawab..kadang yg kawan aku ni pun masih tak faham dengan aku..Susah aku nak describe sebab aku suka kawan semua orang..Aku tak suka di 'control',ni boleh tu tak boleh..aku suka bebass.. aku taknak terikat.. sebab aku ni jenis open..Bagi aku laa kan istilah kawan baik ni..Kawan yang kau pegi mana² pun dia ingat kau,ingat kenangan sama² yg pernah susah senang dulu tu..Yang tak berahsia dgn kau,apa pun dia akan cerita and carik kau tanpa alasan tak kesah laa cepat atau lambat..tapi tula makin besar susah nak cari mcm tu sebab masing² dh ada haluan masing²..satu lagi,aku nak kawan baik yang tak kesah kau ada kawan lain pun dia okay je and layan kawan kau mcm kawan dia,layan family kau mcm family dia..tapi ada laa beberapa nama yg aku listkan dia kawan baik aku..the best human win la..hahaha..lastly yg paling penting terima baik buruk kau seadanya and tutup segala aib kau drpd org asing..sebab aku ni bukan la baik sangat,banyak kekurangannya..siapa yang kawan aku tau la menilai diri aku..tu semua depends pada mata dan hati dorang terhadap aku..
One more things,pernah dalam persahabatan kau menipu? Mengata kawan? Ada perasaan cemburu dengan kawan sendiri? Membandingkan diri kau lebih baik drpd kawan kau? Taknak mengaku salah kau? Menyampah dengan perangai annoying kawan kau? Benci kawan? Im really sure tht semua pernah buat mcm tu.. Ni la kesalahan dlm persahabatan.. Ni semua fitrah manusia sebab kita selalu fikirkan diri sendiri more better thn others..Kita selalu jadi kanta pembesar utk tgk kekurangan org melebihi kebaikan dia..Sekali benda buruk dia buat semuaa kebaikan dia hilang mcm debu yg kau tiup macam tu je..Semua ni aku nampak and aku belajar daripada semua kawan yg aku pernah jumpa and kenal..terima kasih sebab korang sentiasa ajar aku sesuatu benda yang baru
& sentiasa menyedarkan diri aku..
Lastly..for all my friends..
Pesanan utk semua..
Jangan laa kau bergaduh antara satu sama lain hanya disebabkan layanan aku tak sama..jangan sesekali berfikiran darjat kawan ini lebih tinggi atau lebih rendah berbanding kawan² aku yang lain..Ye ramai merungut sebab aku lebihkan kawan ini sampai terkurang pd kawan,kawan,kawan yg lain..sampai ada yang jeles,merajuk..tibeh rasa dah macam hidup memadukan org..hahaha..aku tak boleh nak bersikap adil sebab setiap kawan akan ada keistimewaan dan kenangan yg tersendiri yang tak mungkin dan tak pernah akan sama..ye aku tau korg tak perasan semua tu tapi aku perasan and always in my heart and mind..tapi hakikatnya inilah kawan yang aku sayang. macam mana pun masih terima baik buruk aku..jangan risau sekali nama tu dah pernah ada dalam ingatan tak semudah tu nak lupakan..aku tak pernah menyesal ada kawan ramai..aku bersyukur ada kawan2 yg baik,ambik berat kat aku..i really appreciate it..ure alwys the best friends!
Maaf kalau aku ada buat salah yang buat korang terguris, terasa,menyampah dengan segala tindakan and perbuatan aku,percakapan aku..Dengan rendah hati aku nak cakap, ampunkan segala salah silap aku sama ada yang korang tau atau tak.. if aku tak okay utk jadi kawan korang please tinggalkan aku,,thats all..Mana yg masih sudi hadap aku,,terima kasih..
~Perjumpaan yg dah diaturkan,pasti ada hikmah disebaliknya sama ada baik untuk aku takpun untuk korang, Wallahualam..~
No comments:
Post a Comment